Mau mati?

Siapa ye kat dalam tu?


Assalammualaikum.

Larian semalam yang kiranya terpantas bagi diri saya.
Walaupun tidak berapa jauh tetapi alhamdulillah masih mampu lari secara konsisten.
Saya akan mencuba memperbaiki masa lebih baik daripada ini.
InsyaAllah.
 
runkeeper.com/


Label : Uncategorized, Abstract


Haiwan peliharaan kesayangan Hajah Norsam.

Muka mesti kena garang sebab beliau ditugaskan mengontrol ikan-ikan kap dan talapia di dalam kolam supaya tidak berkelahi..



Label : Fauna, Animal
Posing Aisyah sebelum menemani ibunya ke pasar pagi.


Musim cuti sekolah hujung tahun 2012.


Label : Children



Bahaya Obor-obor Beracun

SENGATAN obor-obor berupaya mengakibatkan kematian pada mangsanya seperti yang terjadi di Pulau Langkawi yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini.

Namun demikian tidak semua obor-obor laut mempunyai sengatan berbisa dan mengakibatkan kematian.

Ada obor-obor di perairan Sarawak yang tidak berbisa seperti obor-obor jenis putih yang dijadikan sebagai makanan.

Obor Bisa

Jenis obor-obor laut yang diketahui berbisa terbahagi kepada lima jenis iaitu Chironex fleckeri, Chiropsalmus buitendijki, Chiropsalmus quadrihatus, Chrysaora quinquecirrha dan spesis Physalia, Chironex fleckeri.

Biasanya ia didapati di sekitar perairan Australia manakala yang selainnya boleh didapati di perairan tempatan.

Bagi semua obor-obor, sengatan bisa dilakukan melalui sesungut yang mengandungi ratusan pundi-pundi bisa, dipanggil 'nematosit'.

Sesungut ini apabila tersentuh oleh mangsa akan melepaskan racun daripada nematosit tadi dan boleh menyakitkan atau melumpuhkan mangsa seketika pada tempat sengatan.

Chironex fleckeri, dikenal pasti sebagai paling berbisa, berupaya menyebabkan kematian dalam masa 15 minit manakala sengatan spesis Physalia pula biasanya akan menyebabkan mangsa mengalami kejutan dan mengakibatkan kematian sekiranya mangsa lemas.

Cara-cara mengelakkan sengatan obor-obor

Sengatan obor-obor sering kali berlaku dalam keadaan berikut :

1) Sengatan yang paling kerap adalah semasa obor-obor terapung di permukaan air ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air.

2) Serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut.

3) Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya mengeluarkan bisa apabila serpihan sesungut bersentuhan dengan manusia.

4) Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak.

5) Sengatan obot-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah.

Misalnya bilangan obor-obor bertambah semasa musim mengawan yang berlaku pada bulan Mei hingga Jun.

Oleh itu berhati-hatilah jika terpaksa ke laut semasa keadaan di atas.

Kecemasan

Langkah-langkah bantuan kecemasan yang boleh dilakukan dalam kes sengatan obor-obor.

Sekiranya sengatan telah berlaku, langkah-langkah bantuan kecemasan pada tempat kejadian telah dilaporkan dapat mengurangkan risiko kematian mangsa sengatan.

Bahan rawatan

Banyak bahan telah dilaoprkan boleh digunakan dalam merawat bisa obor-obor laut ini.

Antaranya termasuklah sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asik borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis.

Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap, keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa kesakitan.

Langkah bantuan kecemasan yang disyorkan selepas itu adalah seperti berikut :-

1) Basuh kawasan sengatan dengan air laut.

2) Jika sesungut obor-obor terdapat di atas kulit, gunakan perkakas bersesuaian seperti garpu atau memakai sarung tangan untuk membuang sesungut tersebut.

3) Kawasan sengatan kemudiannya direndam dalam larutan cuka (50 peratus) selama 30 minit.

4) Selepas itu, tuangkan bancuhan tepung atau serbuk penaik (baking powder) ke atas tempat sengatan dan gunakan pisau untuk mengikis keluar nematosit yang tertanam dalam kulit kita.

5) Ulangi basuhan cuka ke atas tempat tersebut dan sapukan krim yang mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti betnovat) pada kawasan sengatan. Jika perlu, gunakan air untuk menghilangkan rasa sakit.

6) Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera.

oleh Prof. Madya Mohamed Isa Abdul Majid
Pusat Racun Negara


Label : Animal, Fauna
Shoot masa berada di Pulau Langkawi, Kedah.
Ketika ini wife tengah sarat mengandung anak sulung.
(Masa ini wife kena paksa bergambar).
Apa boleh buat. Dah laki awak suka amik gambarkan :p



Kisah Burung Kakak Tua.

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata
kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual : Kalau yang suka menyanyi itu RM500,sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli : Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual : Yaa... memang berbeza,yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

Moral: Diam lebih baik dari berkata-kata.





Strawberry.
Selaginella.
Aaaa.?
Sedap sungguh bacaan adik ini.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“ Barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari qiamat” (Riwayat Ahmad).

Mencari jawapan bagi setiap persoalan.




Label : Children


Song
♫ ♪ ♥ Peristiwa Subuh ..♥ ♪ ♫

Lirik

Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam

Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari

Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam

Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari

- Raihan -

Label : Lanscape, Ramadhan, Putrajaya

Kekuatan sesebuah bangunan itu sama seperti diri seorang manusia.
Jika bangunan tanpa cerucuk yang mencukupi maka mudahla ia runtuh.
Samalah dengan manusia, jika lemah iman seseorang itu pasti mudahlah ia hanyut...



Label : Uncategorized


Label : Night, Ramadhan, Travel

Canon EOS 7D, Sigma 85mm, f/2.0, 1/200, ISO 200

Label : Flora


Bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di Prsint 4, Putrajaya.


Label : Architecture, Putrajaya
Waktu syuruk dalam islam adalah waktu terbitnya matahari.
Syuruk hari ini adalah 7:12 AM.





Label : Lanscape, Ramadhan, Putrajaya

Selamat berbuka puasa kepada yang berpuasa. Moga esok kita dapat lakukan lebih baik daripada hari ini. :)

Label : Lanscape, Sunset, Putrajaya

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”
HR Bukhari dan Muslim.


Label : History, Wall E
Dulu masa kecik2, bila sudah buat salah pasti lari gi menyorok. Takut kene marah. Betul tak? hihi


Label : Uncategorized, Wall E



Salam Ramadhan Al-Mubarak
Selamat berpuasa bagi semua panganut islam seluruh dunia.

Song
♫ ♪ ♥ Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai ..♥ ♪ ♫


Label : History, Wall E

Dugaan. Ramadhan pertama.

Puasa merupakan ibadah yang sangat dicintai Allah ta'ala. Hal ini sebagaimana tersebut dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ. قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: إِلاَّ الصَّوْمَ، فَإِنَّهُ لِيْ وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي

“Setiap amalan anak Adam akan dilipat-gandakan pahalanya, satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali. Allah ta’ala berkata: ‘Kecuali puasa, maka Aku yang akan membalas orang yang menjalankannya kerana dia telah meninggalkan keinginan-keinginan hawa nafsunya dan makannya kerana Aku’.” (Imam Muslim)

Hadis di atas dengan jelas menunjukkan betapa tingginya nilai puasa. Allah ta’ala akan melipat-gandakan pahalanya bukan sekadar 10 atau 700 kali namun akan dibalas sesuai dengan keinginan-Nya Ta'ala. Padahal kita tahu bahwa Allah ta’ala Maha Pemurah, maka Dia tentu akan membalas pahala orang yang berpuasa dengan berlipat ganda.

Hikmah dari semua ini adalah sebagaimana tersebut dalam hadis, bahwa orang yang berpuasa telah meninggalkan keinginan hawa nafsu dan makannya kerana Allah Ta'ala. Tidak nampak dalam zahirnya dia sedang melakukan suatu amalan ibadah, padahal sesungguhnya dia sedang menjalankan ibadah yang sangat dicintai Allah ta’ala dengan menahan lapar dan dahaga. Sementara di sekitarnya ada makanan dan minuman.

Gengster kambing ini. Semua dia hendak ditanduknya. Sebab itulah kena tambat.
Lokasi : Jiran Rumah Tok Wan Sik Kedah




Kisah Ayam & Kambing.

Pada suatu hari, ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?
Kambing : Baik. Wah ayam.. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.
Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....
Kambing : Apsal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...
Kambing : #$%&??@#


Label : Fauna, Animal

I COME, I CLIMB, I CONQUERED!!

Baru ku sempat menabur gambar-gambar ini sepanjang berada di gunung kinabalu pada jun 2012. Agak lama juga tu. Tapi apa boleh buat, dah namanya sibuk.

Bila buat reseach rupanya gunung kinabalu ini bukanlah gunung tertinggi di asia tenggara.

Ini info yang saya dapat.

Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. Di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter)
dan Puncak Mandala (4700 meter) di Indonesia.

Dari segi persempadanan geografi, Gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak
di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oceania.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Haa. jelas?

Seramai 6 orang mengikuti aktiviti ini. Alhamdulillah. Misi berjaya dengan jayanya.
Syukur juga kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya hari pada tarikh tersebut cerah dan tidak hujan. Permandangan di atas sana sangat indah dan begitu luas sekali.


Expedisi BPM trekking : Kinabalu Sabah







10 perkara yang saya tahu pasal awak

1.awak baca text ni.

2.awak manusia.

3.awak tak dapat sebut huruf 'p' kalau bibir awak tak bersentuh..

4.awak baru saja try buat.

6.awak ketawa sendiri..

7.awak senyum dan awak tak perasan no.5 takda.

8.awak cek kalau ada  no.5..

9.awak ketawa sendiri sambil tersenyum.

10.awak mahu share text ni supaya kawan-kawan awak kena sekali awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak 

11. awak memang malas untuk membaca semua perkataan di atas.

12.awak tak perasan saya ada tulis awek.

13.awak terus cari perkataan awek,sebenarnya takde pon.

14.awak sudah terkena! :D

15.awak share la biar kawan-kawan pulak terkena. takkan nak terkena seorang je..  


Ke Arah Mencari KeredhaanNya.
Lokasi : I-City Shah Alam, Selangor.
Time : 9:00 pm




Hanya mampu melihat keseronokan orang lain bermain..
Nak naik kena beratur panjang.


Label : Uncategorized