Gengster kambing ini. Semua dia hendak ditanduknya. Sebab itulah kena tambat.
Lokasi : Jiran Rumah Tok Wan Sik Kedah




Kisah Ayam & Kambing.

Pada suatu hari, ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?
Kambing : Baik. Wah ayam.. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.
Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....
Kambing : Apsal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...
Kambing : #$%&??@#


Label : Fauna, Animal

I COME, I CLIMB, I CONQUERED!!

Baru ku sempat menabur gambar-gambar ini sepanjang berada di gunung kinabalu pada jun 2012. Agak lama juga tu. Tapi apa boleh buat, dah namanya sibuk.

Bila buat reseach rupanya gunung kinabalu ini bukanlah gunung tertinggi di asia tenggara.

Ini info yang saya dapat.

Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. Di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter)
dan Puncak Mandala (4700 meter) di Indonesia.

Dari segi persempadanan geografi, Gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak
di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oceania.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Haa. jelas?

Seramai 6 orang mengikuti aktiviti ini. Alhamdulillah. Misi berjaya dengan jayanya.
Syukur juga kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya hari pada tarikh tersebut cerah dan tidak hujan. Permandangan di atas sana sangat indah dan begitu luas sekali.


Expedisi BPM trekking : Kinabalu Sabah