Kamera : Xperia Z


Di bawah pohon yang rindang 
Ku terdiam seorang diri 
Membayangkan dirimu hadir 
Menemaniku disini   

Ku berdiri di keramaian 
Namun ku merasa sendiri 
Karena semua orang tak peduli 
Melirik pun hanya dengan sebelah mata   

Betapa rindunya aku 
Kepadamu wahai kekasih hati 
Mungkin kini ku tak kesepian 
Bila ada kamu disampingku .


P/s : Saya tidak mahir bersajak ini, copy paste dari puisi.info je. huhu



Gua Kelam, Perlis ialah sebuah gua batu kapur di Perlis, Malaysia. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit, 33 km di utara Kangar. Terdapat sebuah terowong semula jadi sepanjang 370 meter di dalamnya. Jambatan gantung di dalamnya menjadi tarikan pelancong. Air yang yang mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis.

Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit.Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi.


Perjalanan pergi ke pejabat dan pulang dari pejabat, sangkut di trafik jem menyebabkan badan kita berada dalam keadaan letih dan lesu.

Stress di tempat kerja dengan arahan bos dan kerenah pekerja-pekerja sudah cukup membuatkan kita dalam keadaan tidak tenteram, kelam kabut dan serba tak kena.

Di rumah, banyak perkara yang perlu dilakukan. Memasak, mencuci, menggosok baju, mengemas rumah, uruskan anak-anak sudah cukup melengkapkan proses keletihan dan kelesuan badan.

Apa yang boleh kita lakukan?  Pergila mengurut, dalam sekali sebulan untuk melancarkan peredaran darah dalam badan. Ambil masa untuk diri sendiri dalam setengah jam setiap hari untuk anda rehatkan diri dan minda anda.Ambil supplemen ataupun herba yang dapat membantu memulihkan tenaga dalaman anda.

Kopi Panggung Al-Ambiak dapat membantu anda!!

Dan yang paling penting! Jangan lupa melakukan senaman secara konsisten ya!.

Facebook Al-Ambiak >>

Morning

Tips untuk mencukupkan rezeki setiap hari..

Mulakan dengan membaca 7 kali surah Al-Fatihah dan 13 kali surah Al-Ikhlas sekarang.

Dan jangan lupa 4 rakaat dhuha.
- Gambar Aidilfitri tahun lepas 2012 -


SETIAP lapisan masyarakat Muslim kini sibuk bersiap sedia menyambut Aidilfitri. Ketika inilah psikologi kita tidak lagi tertumpu sangat kepada menahan lapar dan dahaga dek sibuk dengan aneka persediaan berhari raya.

Hari raya ibarat ‘majlis konvokesyen’ buat setiap mukmin yang tamat pengajiannya di ‘ Akademi Ramadan’. Inilah analoginya. Pengajian kita yang berfakultikan ilmu pemantapan jiwa dan keperkasaan rohani berjaya ditamatkan dengan penuh sukses. Segala uji kaji dan ujian sudah selesai dan kita lulus dengan cemerlang sekali. Jadi, pada ‘majlis konvokesyen’ ini kita meraikan kejayaan bersama dengan penuh keriangan. Menyambut Aidilfitri ibarat menerima skrol ijazah yang mengiktiraf kebolehan dan kejayaan selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan yang mencabar. Pun demikian, jangan lupa menyambut kehadiran Aidilfitri usah sampai memerangkap diri. Maksudnya membuat persediaan secara melampau dan di luar batas kemampuan diri sehingga terpaksa bergolok bergadai. Seakan-akan sudah berakar umbi masyarakat kita akan berhabis-habisan.

Ramadhan ke 24.

Waktu ini pastinya diantara kita masing-masing tengah sibuk bertungkus lumus menyediakan biskut raya pilihankan?
Suasana pastinya lebih seronok apabila ianya dibuat beramai-ramai bersama ahli keluarga tersayang.

Teringat masa zaman kakak saya muda-muda dulu (before kahwin).
Pastinya antara 10-15 jenis biskut raya dapat disiapkan dalam tempoh waktu sahaja. Saya tidak ketinggalan untuk turut membantu mereka.
Emak macam biasa membuat kuih baulu dan yang lain.
Taklupa semasa menganyam ketupat, memasak rendang dan dodol.
Tidak dinafikan terasa penat dan sakit pinggang ini.
Tetapi yang pasti kepuasan dan kemeriahan menjelang aidilfitri terasa lebih berganda-ganda. (kenangan-kenangan) huhuhu.




Bahan-bahan ( 40-50biji )

3 cawan Cornflakes
60gm mentega
2 cawan Madu
1 sudu makan gula
sedikit bijan(jika suka)
Cawan kertas secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan oven 160`C
  2. Cairkan mentega di dalam kuali.Masukkan cornflakes & kacau perlahan-lahan atas api yg kecil
  3. Kemudian masukkan madu,kacau lagi. Akhir sekali masukkan gula,gaul rata-rata & tutupkan api.
  4. Masukkan cornflakes tadi kedalam cawan kertas & taburkan sedikit bijan. Bakar selama 5-7minit
  5. ** Biskut ini kalau tak nak bakar pun boleh,tapi kena goreng lama sikit supaya ianya rangup** 
Label : Personal.


Resepi Arnab Masak Merah
Bahan-Bahan:
1 kilo daging arnab - digoreng ½ masak
1 kotak santan

Bahan A:
6 tangkai cili merah
2 batang serai
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 inci halia 1 inci lengkuas

Bahan B:
½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
½ cawan kismis
Mixed vegetable
2 helai daun kunyit
Sedikit minyak, garam dan gula

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Walaupun telah meninggalkan Kepulauan Lombok Indonesia, keindahan Puncak Rinjani dan pulau-pulaunya masih kuat terasa di dalam fikiran kami.

Gunung Rinjani merupakan gunung berapi hidup kedua tertinggi di Indonesia setinggi 3,726 meter dan mempunyai permandangan antara terindah di dunia.
Malas untuk bercerita panjang jom kita lihat gambar-gambar penjelajahan kami Banenas Troopers.


27 Mei | 1:00 pm : Setibanya di Airport Mataram.
Kehadiran kami disambut meriah oleh rakyat jelata dan jelita disana. Rasa seperti artis k-pop pula. Hehehe. Mereka sebenarnya menantikan kepulangan saudara mara mereka yang bekerja di Malaysia. Mestilah rindu bangat!

Pasti tidor lebih indah jikalau bintang2 bercahaya sentiasa menemani kita setiap malam.




Label : Lanscape, Explored, Night, Travel
Info Belon Panas di Malaysia.

  1. Merupakan teknologi penerbangan membawa manusia yang tertua di dunia.
  2. Ia tidak boleh melebihi ruang atmosfera sama seperti pesawat lain.
  3. Berat keseluruhan antara 350 hingga 450 kg.
  4. Setiap unit belon standard berharga RM 200,000.
  5. Boleh terbang bebas dengan ketinggian tertentu tetapi tidak boleh berpatah balik ke tempat asal.
  6. Juruterbang belon  di wajib mendapatkan lesen daripada Jabatan Penerbangan Awam ( DCA ) sebelum mengendalikannya.
  7. Had ketinggian yang dibenarkan DCA adalah adalah di bawah 304.8 meter manakala jarak lokasi penganjuran pula kira-kira 30 kilometer dari lapangan terbang
  8. Di Putrajaya had ketinggian yang dibenarkan adalah 204 meter memandangkan lokasinya berdekatan dengan KLIA.
  9. Program selama empat hari itu di anjurkan oleh Malaysian Sport Aviation Fedaration ( MSAF) dan AKA Ballon Sdn. Bhd dengan kerjasama Putrajaya Holding (PJH)



Bismillahirrahmanirrahim.

Kami berjaya lagi mencuri masa untuk berdating berdua tanpa kelibat Fathia Izz Zara.
Walaupun seketika kami gunakan dengan sebaik mungkin.

Bila difikirkan kesian juga tinggalkan baby comei tu. Tapi tak pe.
Kecil-kecil duduk dalam rumah lagi elok. Nanti gelap macam ayahnya susah pula.
Bila Fathia sudah besar nanti ayah pasti akan bawakan.
Lagipun duduk dengan Tok dan Tok Wan lagi syokkan?
Boleh minta macam-macam.. Hihihi..

Lokasi kali ini di Puncak Gunung Jerai, Kedah. Berketinggian Hampir 3992 kaki dari aras laut.
Permandangan yang berlatar belakangkan jelapang padi dan sudah tentu amat menyamankan sekali.

Untuk ke sini amat mudah. Dari Lebuhraya Utara Selatan anda boleh exit Gurun. Hanya 10 minit anda boleh sampai ke kaki Gunung.
Kami menaiki ke puncak ini dengan kereta tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Kalo tidak sampai bila-bila pun kami berdua tidak akan berada di sini.

Puncak ini bukanlah puncak tertinggi di Gunung Jerai.
Puncak tertinggi gunung ini tidak boleh dimasuki kerana di sana terdapat sebuah pangkalan tentera Malaysia.
Bila saya sampai sana terdapat pintu pagar dikawal dengan ketat. Hendak U-turn balik pun susah.

Next time bila ada masa saya akan tawan gunung ini dengan kederat tulang 4 kerat ni.
Sorry. Gambar lanscape tiada. Hanya bawa satu lens sahaja.

Wassalam.




Ini orang kedah cakap sedang mengenyih. :D 
Bismillahirrahmanirrahim.

Selesai juga mengupdate gambar pasangan romantis mereka berdua ini.
Walaupun pada mulanya si suami agak kekok tetapi tetap memberi kerjasama sebaiknya dan bersemangat skali.

Pn Baizura pada ketika ini sedang sarat mengandung dan kini kandungan berusia hampir 39 minggu.
Semoga kehadiran orang baru ini akan memberikan kebahagian yang lebih pada seluruh keluarga.

Babah Khairil. Hang kena lebih bersedia mental dan fizikal tau..
Nak jadi ayah da nih. heheehe.









Label : Lanscape
Gunung Rajah Bentong Pahang



Gambar pencawang TNB.
Lokasi : lombong Maghrib Beranang.





Alhamdulillah.

Sekali lagi dapat menjejakkan kaki ke Bukit Tabur buat kali ke 4.
Permandangan yang berlatar belakangkan sebuah empangan yang terletak di Ampang Kuala Lumpur.
Empangan ini merupakan empangan tertua di Malaysia yang dibuka pada tahun 1958.
Di sini merupakan tempat yang amat hampir dengan bandaraya metropolitan dan amat baik untuk menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berbasikal mahupun mendaki.

Pendakian seperti biasa bermula seawal 5:30 pagi bersama-sama 5 orang sahabat yang lain.
Berikut adalah beberapa gambar yang telah berjaya dirakam untuk dikongsi bersama.


Panorama Bukit Tabur Puncak 7 pada 6:30 AM bersama beberapa pendaki yang lain.
(Klik pada gambar jika ingin paparan lebih jelas.)

IMG_9340

Bismillahirrahmanirrahim.

Panas juga malam tadi di Putrajaya ni.
Batuk kering sehingga terjaga jam 3:30AM.
Almaklumlah seminggu lepas saya sekeluarga berulang alik dari kampung.
Nursery untuk baby masih belum dapat.
Lagi pun tidor di sana sejuk sikit (nak sedapkan hati).

Bila terjaga teringin menghirup kopi panas dari Tenom.
Selepas tu mata langsung tidak boleh lelap sehingga subuh. Hahaha.
Takpelah. Dapat juga mengedit gambar dan update blog ini.

Photoshoot ini dibuat minggu lepas di Taman Putrajaya.
CT Hajar dan Amira beria-ria mengajak bergambar bersama.
Malam ini (Sabtu) CT Hajar terpaksa pulang ke Bandung semula.
Pengajian yang tinggal kurang dari setahun masih perlu ditempuhi.
Semoga selamat tiba.
Dan jangan lupa beli telekung untuk Fathia Izz Zara. Nanti abg pos duit. :P

Masa tu nasib baik hujan dah berenti.
Walaupun sesi ini hanya sekejap, tetapi banyak juga gambar yang diambil.
Hajar dan Amira.. Semoga anda menyukainya.

Oklah. Mau pergi breakfast dan melawat Sogo.

Wassalam..



Assalammualaikum.. Saya Fathia Izz Zara. Umur baru masuk 11 minggu.


Lokasi Rantau Abang.

Diambil semasa outstation di Kuala Terengganu menuju ke Kuantan.
Terima kasih kepada abg driver kite En. Kamarulzaman dari JP Terengganu kerana sudi singgah sebentar di Pantai ini.
Hanya sempat mengambil sekeping sahaja.


Label : Lanscape, Terengganu, Travel

COBOY
Aktiviti latihan BPM Trekking sebelum ke puncak lebih mencabar. Dengar kata jika anda semua berjaya sampai ke Puncak Nuang maka tiada masalah menawan Puncak Kinabalu, Sabah. Walaupun tingginya tidak seberapa cabaran laluan ini memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang amat mantap. Walaupun team kami telah berjaya menawan Gunung Kinabalu pada Jun 2012 (link) kami tidak memandang enteng bagi sebarang aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti kali ini disertai seramai 8 orang.
Tema riadah kali ini santai,ceria,bergumbira dan berselera (makan sedap). Kami tidak terlampau tergesa-gesa untuk menawan puncak.

Perjalanan bermula dari Putrajaya pada jam 7:15am dan tiba di pintu masuk jam 8:30am. Sebelum itu dinasihatkan mencari makanan untuk menu tengahari. Kerana kami mahu untuk terus ke Kem Pacat ia memerlukan masa yang agak lama ke sana.
Tidak perlu menapau dari rumah kerana terdapat banyak kedai yang telah dibuka awal pagi di sepanjang jalan Batu 9 Hulu Langat.

Pendakian bermula 9:00am dan tiba di Kem Pacat pada 2:40pm. Perjalanan yang jauh dan mengambil masa yang agak lama kerana membawa beg yang beratnya sekitar 10-15Kg. Alhamdulillah cuaca pada hari tersebut amat mengizikan. Walaupun pada awal ramalannya akan berlaku hujan pada petang.

Setelah sampai ke Kem Pacat kami mendirikan khemah di sana. Pada mula kami dimaklumkan terdapat sumber air di sebelah pondok Kem Pacat. Saya dan Mohd Faiz Fahmi (kayu64) terpaksa turun semula di laluan kiri untuk mencari sumber air. Perjalanan ke bawah mengambil masa 15 minit dan naik semula dengan keadaan mencabar kerana terpaksa memanjat setinggi kecerunan 60 darjah. Mengah juga. Apabila tiba di kem semula kami di beritahu terdapat laluan yang lebih dekat dan mudah di sebelah tapak khemah. Bukannya di Pondok tersebut. Haaruu...

Pendakian pada hari tersebut setakat itu sahaja. Aktiviti memasak bermula. Menu utama ayam roasted with garlic powder sprinkle, nasi putih dan sardin + air Kopi Tenom. Terima kasih kepada chef kami Chin Tze Fong, Ahman Fuad Razif (Zaiko) dan Kayu64. Cuma agak kecewa sedikit kerana kicap yang dibawa oleh Mohamed Azran bukannya Kicap Jalin. :(


Bermalam di Kem Pacat. Time 9:15pm

Jom kite solat..:p