COBOY
Aktiviti latihan BPM Trekking sebelum ke puncak lebih mencabar. Dengar kata jika anda semua berjaya sampai ke Puncak Nuang maka tiada masalah menawan Puncak Kinabalu, Sabah. Walaupun tingginya tidak seberapa cabaran laluan ini memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang amat mantap. Walaupun team kami telah berjaya menawan Gunung Kinabalu pada Jun 2012 (link) kami tidak memandang enteng bagi sebarang aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti kali ini disertai seramai 8 orang.
Tema riadah kali ini santai,ceria,bergumbira dan berselera (makan sedap). Kami tidak terlampau tergesa-gesa untuk menawan puncak.

Perjalanan bermula dari Putrajaya pada jam 7:15am dan tiba di pintu masuk jam 8:30am. Sebelum itu dinasihatkan mencari makanan untuk menu tengahari. Kerana kami mahu untuk terus ke Kem Pacat ia memerlukan masa yang agak lama ke sana.
Tidak perlu menapau dari rumah kerana terdapat banyak kedai yang telah dibuka awal pagi di sepanjang jalan Batu 9 Hulu Langat.

Pendakian bermula 9:00am dan tiba di Kem Pacat pada 2:40pm. Perjalanan yang jauh dan mengambil masa yang agak lama kerana membawa beg yang beratnya sekitar 10-15Kg. Alhamdulillah cuaca pada hari tersebut amat mengizikan. Walaupun pada awal ramalannya akan berlaku hujan pada petang.

Setelah sampai ke Kem Pacat kami mendirikan khemah di sana. Pada mula kami dimaklumkan terdapat sumber air di sebelah pondok Kem Pacat. Saya dan Mohd Faiz Fahmi (kayu64) terpaksa turun semula di laluan kiri untuk mencari sumber air. Perjalanan ke bawah mengambil masa 15 minit dan naik semula dengan keadaan mencabar kerana terpaksa memanjat setinggi kecerunan 60 darjah. Mengah juga. Apabila tiba di kem semula kami di beritahu terdapat laluan yang lebih dekat dan mudah di sebelah tapak khemah. Bukannya di Pondok tersebut. Haaruu...

Pendakian pada hari tersebut setakat itu sahaja. Aktiviti memasak bermula. Menu utama ayam roasted with garlic powder sprinkle, nasi putih dan sardin + air Kopi Tenom. Terima kasih kepada chef kami Chin Tze Fong, Ahman Fuad Razif (Zaiko) dan Kayu64. Cuma agak kecewa sedikit kerana kicap yang dibawa oleh Mohamed Azran bukannya Kicap Jalin. :(


Bermalam di Kem Pacat. Time 9:15pm