Alhamdulillah.

Sekali lagi dapat menjejakkan kaki ke Bukit Tabur buat kali ke 4.
Permandangan yang berlatar belakangkan sebuah empangan yang terletak di Ampang Kuala Lumpur.
Empangan ini merupakan empangan tertua di Malaysia yang dibuka pada tahun 1958.
Di sini merupakan tempat yang amat hampir dengan bandaraya metropolitan dan amat baik untuk menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berbasikal mahupun mendaki.

Pendakian seperti biasa bermula seawal 5:30 pagi bersama-sama 5 orang sahabat yang lain.
Berikut adalah beberapa gambar yang telah berjaya dirakam untuk dikongsi bersama.


Panorama Bukit Tabur Puncak 7 pada 6:30 AM bersama beberapa pendaki yang lain.
(Klik pada gambar jika ingin paparan lebih jelas.)

IMG_9340

Bismillahirrahmanirrahim.

Panas juga malam tadi di Putrajaya ni.
Batuk kering sehingga terjaga jam 3:30AM.
Almaklumlah seminggu lepas saya sekeluarga berulang alik dari kampung.
Nursery untuk baby masih belum dapat.
Lagi pun tidor di sana sejuk sikit (nak sedapkan hati).

Bila terjaga teringin menghirup kopi panas dari Tenom.
Selepas tu mata langsung tidak boleh lelap sehingga subuh. Hahaha.
Takpelah. Dapat juga mengedit gambar dan update blog ini.

Photoshoot ini dibuat minggu lepas di Taman Putrajaya.
CT Hajar dan Amira beria-ria mengajak bergambar bersama.
Malam ini (Sabtu) CT Hajar terpaksa pulang ke Bandung semula.
Pengajian yang tinggal kurang dari setahun masih perlu ditempuhi.
Semoga selamat tiba.
Dan jangan lupa beli telekung untuk Fathia Izz Zara. Nanti abg pos duit. :P

Masa tu nasib baik hujan dah berenti.
Walaupun sesi ini hanya sekejap, tetapi banyak juga gambar yang diambil.
Hajar dan Amira.. Semoga anda menyukainya.

Oklah. Mau pergi breakfast dan melawat Sogo.

Wassalam..



Assalammualaikum.. Saya Fathia Izz Zara. Umur baru masuk 11 minggu.


Lokasi Rantau Abang.

Diambil semasa outstation di Kuala Terengganu menuju ke Kuantan.
Terima kasih kepada abg driver kite En. Kamarulzaman dari JP Terengganu kerana sudi singgah sebentar di Pantai ini.
Hanya sempat mengambil sekeping sahaja.


Label : Lanscape, Terengganu, Travel