Bismillahirrahmanirrahim.

Kami berjaya lagi mencuri masa untuk berdating berdua tanpa kelibat Fathia Izz Zara.
Walaupun seketika kami gunakan dengan sebaik mungkin.

Bila difikirkan kesian juga tinggalkan baby comei tu. Tapi tak pe.
Kecil-kecil duduk dalam rumah lagi elok. Nanti gelap macam ayahnya susah pula.
Bila Fathia sudah besar nanti ayah pasti akan bawakan.
Lagipun duduk dengan Tok dan Tok Wan lagi syokkan?
Boleh minta macam-macam.. Hihihi..

Lokasi kali ini di Puncak Gunung Jerai, Kedah. Berketinggian Hampir 3992 kaki dari aras laut.
Permandangan yang berlatar belakangkan jelapang padi dan sudah tentu amat menyamankan sekali.

Untuk ke sini amat mudah. Dari Lebuhraya Utara Selatan anda boleh exit Gurun. Hanya 10 minit anda boleh sampai ke kaki Gunung.
Kami menaiki ke puncak ini dengan kereta tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Kalo tidak sampai bila-bila pun kami berdua tidak akan berada di sini.

Puncak ini bukanlah puncak tertinggi di Gunung Jerai.
Puncak tertinggi gunung ini tidak boleh dimasuki kerana di sana terdapat sebuah pangkalan tentera Malaysia.
Bila saya sampai sana terdapat pintu pagar dikawal dengan ketat. Hendak U-turn balik pun susah.

Next time bila ada masa saya akan tawan gunung ini dengan kederat tulang 4 kerat ni.
Sorry. Gambar lanscape tiada. Hanya bawa satu lens sahaja.

Wassalam.




Ini orang kedah cakap sedang mengenyih. :D 
Bismillahirrahmanirrahim.

Selesai juga mengupdate gambar pasangan romantis mereka berdua ini.
Walaupun pada mulanya si suami agak kekok tetapi tetap memberi kerjasama sebaiknya dan bersemangat skali.

Pn Baizura pada ketika ini sedang sarat mengandung dan kini kandungan berusia hampir 39 minggu.
Semoga kehadiran orang baru ini akan memberikan kebahagian yang lebih pada seluruh keluarga.

Babah Khairil. Hang kena lebih bersedia mental dan fizikal tau..
Nak jadi ayah da nih. heheehe.