Gunung Rinjani Lombok Indonesia 2013.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Walaupun telah meninggalkan Kepulauan Lombok Indonesia, keindahan Puncak Rinjani dan pulau-pulaunya masih kuat terasa di dalam fikiran kami.

Gunung Rinjani merupakan gunung berapi hidup kedua tertinggi di Indonesia setinggi 3,726 meter dan mempunyai permandangan antara terindah di dunia.
Malas untuk bercerita panjang jom kita lihat gambar-gambar penjelajahan kami Banenas Troopers.


27 Mei | 1:00 pm : Setibanya di Airport Mataram.
Kehadiran kami disambut meriah oleh rakyat jelata dan jelita disana. Rasa seperti artis k-pop pula. Hehehe. Mereka sebenarnya menantikan kepulangan saudara mara mereka yang bekerja di Malaysia. Mestilah rindu bangat!



Otw perjalanan ke Senggigi.
Kelihatan kemegahan Gunung Agong berdiri megah di Kepulauan Bali. Agak kagum dengan petani-petani di sini. Sampai ke petang mengerjakan ladang.


28 Mei | 6:27 am : Suasana pagi di Pondok Indah Senaru.
Selepas breakfast kami bersama guide amet,adi dan bersama 8 orang porter bertolak ke starting point pendakian dengan menaiki kenderaan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.


Banenas Troopers. Semangat yang tidak pernah pudar.
Azran!! Nak mendaki ni. Semangat lah sikit!! Hehehe..


28 Mei | 9:00 am : Bismillah... Pendakian bermula.


Follow the guide. Permandangan sungguh jauh dan luas.
Seperti biasa 15 minit pertama yang terasa lelah sekali. Siapa suruh tidak buat warming-up. :p


Smilee!!


Hasil gambar tadi. Kenapa muka ko garang amat?


28 Mei | 10:00 am : Berehat di pit-stop pertama. Ambil nafas dulu.
Selepas itu perjalanan diteruskan lagi. Melihat keadaan awan, cuaca agak berat untuk hujan. Seperti ramalan hujan turun renyai sehingga ke pit-stop kedua. Kami berehat dan menunggu rakan-rakan porter dan guide menyajikan makanan panas untuk kami. Makan masa hujan bersama kopi panas kami hayati dengan penuh perasaan dan linangan air mata. Amat nikmat!


28 Mei | 3:15 pm : Akibat membawa bebanan yang terlebih muatan salah seorang rakan mengalami cramp kedua-dua kaki secara tiba-tiba.
Selepas bagi pain killer terus boleh berlari sampai puncak. Hihihi. Terbaiklah Maryanne. Untung Chin.


Bergambar sekeping.

Berjalanan pada hari ini masih panjang. Semakin lama semakin sukar. Antara laluan yang terpaksa ditempuhi dinamakan laluan penyesalan dan laluan penyeksaan.

Akhirnya selepas mengharungi cuaca sejuk dan hujan, kami sampai di kem itu selepas 10 jam pendakian. Ketibaan kami di Pelawangan Sembalun keadaan sudah pun gelap, berangin dan udara amat sejuk. Selepas menikmati juadah malam, semua pendaki berehat dalam khemah masing-masing dan membuat persiapan untuk ke puncak Rinjani pada keesokan pagi. Agak terperanjat dengan layanan porter menghidang makanan ke setiap khemah. Memang terbaik.


29 mei | 02:00 am : Selepas menikmati kopi panas + 4 keping biskut kami mula bergerak ke puncak.


29 mei | 6:49 am : Akibat kelaparan dan kekosongan perut, keadaan badan ketika ini tidak konsisten. Sudah 4 kali termuntah. Angin penuh diperut. Rasa tak larat untuk mendaki lagi. Rakan-rakan di atas memanggil dari atas memberikan kata-kata semangat.


Orang sudah start turun. Mental sungguh..


Disinilah setiap 5 langkah bersamaan 2 langkah.. ayuh kita breakdance bersama-sama!!


Berehat sambil mengambil gambar fuad.


Terus mendaki perlahan-lahan. Terima kasih atas bantuan Adi.


29 Mei | 8:00 am : Selepas 6 jam pendakian kami berjaya menawannya.

Keindahan Rinjani tidak perlu dipertikaikan lagi. Allah Maha Besar.
Kejayaan ini kami raikan. Puncak Rinjani yang terletak kira-kira 10.5 kilometer daripada kem Pelawangan Sembalun.
keindahan panorama indah dan unik ini kami rakamkan sepuasnya.

Di puncak Rinjani, rombongan pendaki dapat melihat pemandangan Gunung Barujari yang dikelilingi Danau Segara Anak dan diapit oleh Gunung Anak Dara dan Gunung Rombongan. Keunikan yang amat berlainan dari gunung-gunung di Malaysia.
Kali terakhir Barujari meletus adalah pada tahun 2009.

Walaupun perjalanan ke puncak utama cuma 300 meter tetapi pendaki memerlukan masa satu hingga dua jam kerana laluan sempit dan berpasir - dikenali sebagai 'Laluan Neraka' atau 'Trek Huruf S'. Memang mencabar fizikal para pendaki ditambah lagi tiupan angin sejuk, kabus tebal dan pancaran matahari pagi yang sangat terik.


Peak Rinjani.


Video : Laporan Reporter Banenas Troopers.


Sekeping utk simpanan peribadi.


Snap gambar orang layan blues. Terkenangkan orang jauh. Syahdu sungguh.


Fuuu.. Rasa nyaman. Anda boleh menjerit sekuat hati di sini.


Lanscape sebelah kiri Gunung Barujari.


Center.


Permandangan sebelah kanan Gunung Barujari. Kelihatan di belakang Gunung Barujari ketiga-tiga gili island iaitu Gili Terawangan, Meno dan Air.


Video : Peak Rinjani.


29 Mei | 8:00 am : Masa untuk turun semula.
Masing2 telah hilang. Turun dengan begitu pantas. Berjalan dan berlari secara gelongsor.

Kelihatan awan sedang menyelubungi laluan pulang. Kena cepat. Karang berangin + hujan susah pula.

Aksi Faiz and Adi berposing manja.
Setibanya di base kami berehat sebentar menikmati juadah breakfast dan lunch. Jam 1:00pm kami terus turun ke Segara Anak Lake.
Laluan ke sana menurun sahaja berkeadaan berbatu dan savana. Pada waktu yang sama agak kagum dengan semangat porter di sini mencari rezeki yang naik dari laluan Lake ke Pelawangan Sembalun.


Setelah 2 jam lebih berjalan.


Terus melangkah.


Keindahan yang menghilangkan rasa lelah.


Terasa seperti di dalam pengembaran filem The Lord of the Rings pula. Siapa lagi jadi Legolas kalo bukan aku. :p


Video Paparan HD




Sudah kelihatan tasik. Sudah dekat. Tidak sabar berendam di Hot Spring. Maklumlah semalam tidak mandi. :D


29 Mei | 04:00 pm : Tiba juga di Pelawangan Senaru.


29 Mei | 6:00 pm : Porter menghabiskan masa dengan melayan hobi masing-masing.


Umpan sudah terkena.


30 Mei | 5:40am : Cuba bangun awal. Tetapi tak sempat buat star trail. Hahaha.


Segar dan nyaman.


Masa untuk Melayan hobi masing-masing.


Kasi snap photo dulu. Tidak tahan tengok mereka mandi apa lagi kasi rendam badan puas-puas. Air terjun dan Hot Spring berada bersebelahan sahaja.


Kasi upload sekeping dua.




Masa untuk turun!


30 Mei | 9:00 am : Posing dulu..
Perjalanan mengambil masa 1 malam lagi untuk sampai ke bawah.
Laluan seterusnya mendaki dan berjalan di lereng-lereng bukit menuju ke Gunung Sankareang setinggi 2919 Meter.
Seterusnya kami bermalam di Pos Ektra kira-kira 2.5km di Senaru


Bergambar kenangan bersama guide and porter. Next time jangan lupa bagi tips ya pada porter.:p


31 Mei | 9:30 am: Selesai pendakian. Balik dan rehat. Esok sambung aktivti seterusnya.


Selepas setuju dengan tawaran Pak Andi kami teruskan untuk berlayar!


1 Jun | 9:30 am: Arah ke Gili Naggu.. Matikan enjin dan turunkan layar.


Masih belum boleh snorkeling lagi. Hehehehe..


Abang Fuad.

Releks dulu.


Masa untuk terjun..


Musnahkan pulau itu!


Spiderman.


Loveman. Aksi love untuk isteri tersayang Maryanne. Haha..


Haiyakkk!

Tak kira, saya nak juga upload gambar ini. Haha.
Gambar-gambar snorkeling yang lain tidak dapat diambil.
Kena beli underwater housing dslr dulu. :P


Kapal lanun yang kami naiki tadi.




Santai menuju ke Gili Trawangan pula.


Abang gagah.. (Tahan Nafas)


Posing paih..

Gambar-gambar ini kebanyakan menggunakan fisheye lens.
InsyaAllah akan sedia upaya membeli ultra wide lens untuk travel lain pula. Pasti lebih syok. :)


Kami tiba di Gili Trawangan pada jam 11:00pm dan menikmati partey malam disana.
Keesokkan harinya kami berjalan-jalan membeli belah di Bandar Mataram. Apa yang menarik barangan hiking di sini amat murah.
Terdapat 3 kedai hiking, anda boleh mencari di dalam Mataram Mall, atau sekitarnya.
Sleeping bag anda hanya perlu membayar RM55 sahaja. Sedangkan harga di Malaysia sekitar RM100-RM110.

Pada 2 Jun 2013 kami selamat sampai di Kuala Lumpur. Amat rindukan masa Malaysia. :D

Special thanks untuk Guide Amet, Guide Adi, Putri dan Pak Andi kerana memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang kami di sana


Info:


Perjalanan.
Pada awalnya kami telah berbincang untuk mencari beberapa kaedah ke Lombok bagi menarikkan lagi jadual perjalanan kami. Ada tiga pilihan iaitu :
1: Terus dari LCCT ke Airport Mataram
2: Keretapi ke Singapore - Batam - Lombok (Ferry)
3: LCCT - Jakarta - Lombok.

Selepas beberapa perbincangan dibuat dan membaca beberapa tragedi ferry di belah sana, kami memilih untuk terus ke Lombok dengan menggunakan kapal terbang sahaja.


Pakej Hiking.
Berkenaan pakej hiking pula anda boleh berhubung dengan Pak Andi (Andi Hermansyah) ataupun Putri secara terus.
Gerenti selamat dan puas hati dengan service dari mereka.
Mereka akan uruskan semuanya.
Anda dinasihatkan bergerak dalam group untuk mendapatkan harga yang lebih murah dan runtuh.

email :
herman@lombokmarine.com
putri@lombokmarine.com
PT. INDONESIA TROPIC HOLIDAYS (Lombok Tropic)




Check list keperluan peribadi.


Backpack
Thermal Clothing / Warm Clothing
Windbreaker
Footwear
TSA locks
Toilet paper (wet Tissues)
Flash light
Rain Coat
Air garam
water container
Stokin
Sun cream.
Selipar
Kurma, coklat, Gula2, 3 in 1,
Tongkat
Towel, Peralatan mandi dan barangan peribadi.
Topi
Dry Fit (baju dan seluar)
Ubatan/First aid
Power bank
Kamera
Lens
Tripod
Changer (2-pin)
Pasport
Luggage (15kg)


Info lain.
Exchange Rate pada Jun 2013: (RM1) = 3293
(Lebih elok rasanya tukar duit di sana. Lebih murah walaupun ditukar di Gili Trawangan).

Goverment tax restoran di Lombok adalah 10%.
Penduduk lombok majoriti beragama islam. Usah risau dengan makanan halal di sini.
Cubalah masakan ayam taliwang di sini. Hihihi.

Airport Tax adalah IRP 100.000.


Rinjani :

Keindahan Permandangan = 5 / 5.
Kepayahan berskala 5 / 5.
Layanan guide and porter : 5 / 5.

Kesimpulannya Gunung Rinjani merupakan salah satu Gunung yang wajib dilawati oleh para pendaki. Pakej yang lengkap. Terdapat Puncak Rinjani, volcano, hot spring, waterfall dan permandangan yang indah dan mendamaikan!
Mempunyai permandangan yang tercantik yang pernah saya lawati.

Semoga info ini dapat memberi manfaat.

Bromo.. Tunggu ketibaan kami!!!

Wassalam.




Label : Lanscape, Hiking, Travel, Personal, History