- Gambar Aidilfitri tahun lepas 2012 -


SETIAP lapisan masyarakat Muslim kini sibuk bersiap sedia menyambut Aidilfitri. Ketika inilah psikologi kita tidak lagi tertumpu sangat kepada menahan lapar dan dahaga dek sibuk dengan aneka persediaan berhari raya.

Hari raya ibarat ‘majlis konvokesyen’ buat setiap mukmin yang tamat pengajiannya di ‘ Akademi Ramadan’. Inilah analoginya. Pengajian kita yang berfakultikan ilmu pemantapan jiwa dan keperkasaan rohani berjaya ditamatkan dengan penuh sukses. Segala uji kaji dan ujian sudah selesai dan kita lulus dengan cemerlang sekali. Jadi, pada ‘majlis konvokesyen’ ini kita meraikan kejayaan bersama dengan penuh keriangan. Menyambut Aidilfitri ibarat menerima skrol ijazah yang mengiktiraf kebolehan dan kejayaan selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan yang mencabar. Pun demikian, jangan lupa menyambut kehadiran Aidilfitri usah sampai memerangkap diri. Maksudnya membuat persediaan secara melampau dan di luar batas kemampuan diri sehingga terpaksa bergolok bergadai. Seakan-akan sudah berakar umbi masyarakat kita akan berhabis-habisan.

Ramadhan ke 24.

Waktu ini pastinya diantara kita masing-masing tengah sibuk bertungkus lumus menyediakan biskut raya pilihankan?
Suasana pastinya lebih seronok apabila ianya dibuat beramai-ramai bersama ahli keluarga tersayang.

Teringat masa zaman kakak saya muda-muda dulu (before kahwin).
Pastinya antara 10-15 jenis biskut raya dapat disiapkan dalam tempoh waktu sahaja. Saya tidak ketinggalan untuk turut membantu mereka.
Emak macam biasa membuat kuih baulu dan yang lain.
Taklupa semasa menganyam ketupat, memasak rendang dan dodol.
Tidak dinafikan terasa penat dan sakit pinggang ini.
Tetapi yang pasti kepuasan dan kemeriahan menjelang aidilfitri terasa lebih berganda-ganda. (kenangan-kenangan) huhuhu.




Bahan-bahan ( 40-50biji )

3 cawan Cornflakes
60gm mentega
2 cawan Madu
1 sudu makan gula
sedikit bijan(jika suka)
Cawan kertas secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan oven 160`C
  2. Cairkan mentega di dalam kuali.Masukkan cornflakes & kacau perlahan-lahan atas api yg kecil
  3. Kemudian masukkan madu,kacau lagi. Akhir sekali masukkan gula,gaul rata-rata & tutupkan api.
  4. Masukkan cornflakes tadi kedalam cawan kertas & taburkan sedikit bijan. Bakar selama 5-7minit
  5. ** Biskut ini kalau tak nak bakar pun boleh,tapi kena goreng lama sikit supaya ianya rangup** 
Label : Personal.