Logam emas merupakan logam yang ke 75 banyak di dalam perutbumi.  Emas biasanya ditemui bersama perak. Aloi emas dan perak yang terbentuk semula jadi dipanggil electrum.

Di Mesir kira-kira 4000 tahun sebelum Masihi, beberapa orang kanak-kanak terjumpa batu yang berkilat seperti ‘nugget kuning’ di dalam anak sungai.  Nugget kuning” tersebut ini dijumpai di antara Sungai Nil dan Laut Merah. 

Menurut ahli sejarah, itu adalah emas pertama yang telah dijumpai di dunia. Sejak itu emas mula dilombong sehingga ke hari ini iaitu lebih kurang 6000 tahun emas dilombong dan dikeluarkan dari perut bumi. Keseluruhan jumlah tersebut dianggarkan kira-kira 132,000 ton (Isipadu ton = 19 X 19 X 19 meter padu).

Emas wujud 5 hingga 250/100 juta bahagian laut. Jika dikira mengikut kuantiti air laut seluruh dunia, kira-kira terdapat 9 bilion tan emas. Ini bersamaan dengan RM 270 trilion (RM270,000,000,000,000.00). Setiap tahun dunia menghasilkan kira-kira 2300 ton daripada Afrika Selatan (610 tan), Amerika Syarikat (320 tan), Australia (240 tan), Rusia (200 tan), dan Kanada (170 tan). Lapan puluh peratus emas dunia dihasilkan daripada Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Rusia, Australia, Kanada, China dan Brazil. 

Manakala di Malaysia, emas dilombong sejak 2000 tahun dahulu dan tempat yang paling banyak dilombong ialah di Penjom, Pahang dengan 3 ton setahun. Malaysia hanya memperuntukkan 100 ton untuk membuat barang kemas berbanding permintaan dunia terhadap barang kemas iaitu sebanyak 2,240 ton.

Oleh: Salmy Edawati binti Yaacob

ANTARA DOA YANG WAJIB DI BACA SEKALI SEUMUR HIDUP.

Sejarah Doa Angin Ahmar.

Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.

Lembaga itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.

Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.

Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.

Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar. Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat. Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.

Katakanlah; 'Aku beriman kepada apa yang datang dari Allah dan RasulNya.'

Wallahu 'Alam.

Muslimah girl..


3 lelaki masuk meminang anak Pak Imam.

Pak Imam - " Kau nama siapa?"
Lelaki 1 - " Nama saya Yusuf.."
Pak Imam - " Haa.. Kau baca surah Yusuf.. Aku nak dengar.."
Lelaki 1 membaca surah Yusuf dengan lancar..

Pak Imam - " Apa nama kau?"
Lelaki 2 - " Nama saya Ibrahim, Pak Imam.."
Pak Imam - " Kau baca surah Ibrahim.. Baca dengan betul.."
Lelaki 2 membaca surah Ibrahim dengan baik dan lancar..

Lelaki 3 mulai menggigil.

Pak Imam - "Kau.. Nama kau apa..?"
Lelaki 3 - " Err.. Err.. Nama saya Yasin.. Err.. Tapi kat rumah, Mak dan ayah saya panggil saya Qulhuwallahuahad.."

Assalamualaikum w.b.t

Mengikut Robert Kiyosaki, pelaburan sebenarnya tidak berisiko. Tetapi sebenarnya pelabur itu sendiri adalah berisiko jika ia tiada ilmu dan tidak ada asas dalam pelaburan.
Justeru, dalam bukunya, Rich Dad Guide to Investing, Robert Kiyosaki telah kongsikan 6 prinsip asas dalam pelaburan sebagaimana yang diajar kepadanya oleh Rich Dad :

Prinsip 1 : Tahu jenis income yang anda ingin dapatkan

Terdapat 3 jenis pendapatan iaitu :
1. Pendapatan biasa – melalui gaji bulanan
2. Pendapatan daripada portfolio pelaburan – melalui pelaburan saham, emas
3. Pendapatan pasif – biasanya daripada pelaburan hartanah (sewa) dan bayaran royalti

Pesan Rich Dad ialah “jika mahu kaya, tumpukan kepada pendapatan pasif (passive income)”



Spirit Iqra’:
Hadirkanlah Teladan Membaca, Tampakkanlah Semangat dan Gairah Membaca, serta Sebarkanlah Manfaat-Langsung dan Nyata Membaca.


Behind blue sky. :)
IMG_0923
Kerangka Strategi Pendapatan Robert Kiyosaki yang telah dikongsi oleh Robert Kiyosaki, penulis bestseller Rich Dad, Poor Dad semasa berucap di National Achievers Congress di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Antara perkongsian hebat beliau ialah bagaimana beliau menyusun pendapatan secara optimum sehinggakan beliau dapat memiliki 4000 hartanah pangsapuri sewa.



Kerangka Strategi Pendapatan Robert Kiyosaki

Rajah di atas melambangkan aliran tunai dari satu aset ke aset seterusnya. Beliau mempunyai syarikat antarabangsa yang mengedarkan produk pendidikan kewangan. Perniagaan ini adalah PENDAPATAN AKTIF beliau.

Pendapatan lebihan dari pendapatan aktif disalurkan untuk membeli pangsapuri sewa yang sudah melebihi 4000 buah setakat ini. Beliau juga menerima PENDAPATAN PASIF dari francais buku Rich Dad Advisor’s.

Dengan membina aset yang menjana PENDAPATAN PASIF, beliau telah memastikan bahawa:

Aset lain dibina dari lebihan pendapatan aktif
Saluran pendapatan dipelbagaikan (multipl streams of income)