Assalammualaikum.

Pusaka jika tidak diuruskan dengan betul akan jadi Puaka.

Kerana huruf S di dlm perkataan Pusaka itulah melambangkan Sayang (kasih sayang),Simpati dan Suka dibuang jauh disebabkan perasaan tamak, tidak redha dan tidak rasa bersyukur.

Apabila telah menjadi puaka hak anak2 yatim ditindas, adik-beradik yang hidup bahagia selama ini, kini tidak boleh memandang satu sama lain, perasaan benci membuak-buak sehingga puluhan tahun.



“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)

Anak-anak yang soleh akan perpegang kepada bersifat AMANAH.
Anak-anak yang soleh akan bermusyawarah dan menguruskan harta dengan baik.
Anak-anak yang soleh akan mempertahankan hubungan saudara maranya.

Uruskan wasiat dan harta mengikut faraid. Penama atau pengurus perlu mempercepatkan proses bagi mengelakkan kezaliman terutama kepada anak-anak yatim.

Ingat. Harta adalah perhiasan dan ujian yang Allah S.WT berikan manusia.

Wassalam.
Letaklah Penama bagi semua Hartanah, Akaun-Akaun Bank, Pelaburan, Insuran dan kenderaan anda bagi mengelakkan waris payah menguruskannya kelak.

Walaupun perkara nampak kecil, tetapi bila pemilik meninggal dunia waris amat payah menuntut harta tersebut. Ada diantaranya terpaksa pergi ke Mahkamah Tinggi dan agensi-agensi terlibat berulang kali. Ada diantaranya mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan. Lebih-lebih lagi bila keadaan kewangan tengah terdesak.
Mengikut statistik kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama. 
Penama bukan menjadi pemilik harta tersebut. Penama sebenarnya diamanahkan oleh orang yang menamakannya untuk mentadbir harta berkenaan supaya ia dapat diagihkan mengikut hukum faraid dengan segera.
"Sesungguhnya orang-orang yang makan harta-harta anak yatim dengan cara penganiayaan, maka hanyasanya yang mereka makan dalam perut mereka itu adalah api neraka dan mereka akan masuk dalam neraka Sa'ir." (an-Nisa': 10)
Letaklah nama pasangan masing-masing sebagai penama. Si isteri janganlah risau. Letaklah nama suami anda sebagai penama. Ianya pasti akan memudahkan kelak. Percayalah dan yakinlah rezeki itu jaminan Allah S.W.T.

Ada kes lain iaitu kemalangan melibatkan kedua-duanya (suami/isteri) sekali. Dalam hal ini anda juga boleh menambah penama lebih dari seorang.

Wassalam.


CONTOH KES.

[PEGUAM SYARIE MENJAWAB] Penama caruman KWSP bukan penerima wasiat

SUAMI saya meninggal dunia setahun lalu akibat barah usus. Suami meninggalkan harta yang kini dalam proses untuk mendapatkan surat faraid dan pentadbiran harta dari Mahkamah Tinggi. Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) arwah suami dikeluarkan tanpa menunggu surat pentadbiran harta dari mahkamah. Wang itu dibolot bapa mentua kerana mengikutnya arwah suami menamakan beliau sebagai penama untuk caruman KWSP. Beliau berkata saya dan anak tidak berhak langsung ke atas simpanan itu dan ia adalah wasiat daripada arwah suami.

Ibu Tunggal
Kuala Lumpur



HUKUM mengenai harta pusaka mempunyai hikmahnya tersendiri iaitu antaranya mewujudkan kasih sayang, menanam semangat kemesraan, tolong menolong dan bertimbang rasa antara ahli waris.

Harta pusaka dibahagikan mengikut susunan yang diatur mengikut susun galur dinyatakan dengan terperinci dalam al-Quran. Nas al-Quran berhubung pengagihan harta pusaka amat jelas dan dibuat secara terperinci. Nas ini tidak memerlukan penafsiran lain, melainkan apa yang dinyatakan secara tersurat dan jelas.

Pemberian harta pusaka kepada waris yang berhak menerimanya bertujuan menghapuskan rasa kekecewaan serta penindasan di kalangan ahli waris. Perasaan kasih sayang dan timbang rasa dapat diukur dan dihasilkan dengan cara ini.

Hal ini kerana perlakuan hidup manusia kadang-kadang tidak selari dengan kehendak atau tuntutan syarak, terutama dalam perkara membabitkan harta benda, wang ringgit atau kedudukan.

Perpindahan harta pusaka ke tangan waris kadang-kadang dilakukan secara bertentangan dengan hukum syarak atas tujuan tertentu. Sebenarnya, ia bergantung kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu. Ia juga boleh berlaku akibat kejahilan seseorang atau sifat tamak ingin memonopoli harta pusaka itu.

Memang benar wasiat adalah antara perkara yang perlu diselesaikan terlebih dulu sebelum pengagihan harta pusaka dibuat. Begitu pun, bapa mentua puan tidak boleh menerima wasiat daripada anaknya kerana beliau adalah ahli waris yang berhak menerima pusaka.

Dalam Islam, wasiat tidak boleh diberikan kepada ahli waris yang berhak menerima pusaka dan kadar wasiat juga hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta si mati. Ada beberapa syarat lain yang perlu dipenuhi sebelum dapat dikatakan wasiat itu adalah sah di sisi hukum syarak.

Jika penamaan dibuat, KWSP memang berhak mengeluarkan wang simpanan itu kepada penama. Oleh itu, bukan menjadi kesalahan kepada KWSP mengeluarkan wang caruman itu kepada bapa mentua puan, melainkan puan terlebih dulu mendapat perintah mahkamah menghalang KWSP mengeluarkan caruman itu atau menghalang bapa mentua daripada mengambil wang itu.

Penamaan akaun caruman KWSP tidak boleh disifatkan sebagai wasiat. Hal ini kerana ia tidak memenuhi beberapa syarat wasiat seperti lafaz wasiat, kesaksian, kadar yang dibolehkan harta diwasiatkan, kepada siapa dinamakan dan ketiadaan milikan sempurna atas simpanan itu.

Bagi orang Islam, penamaan akaun caruman KWSP hanya bagi membenarkan KWSP mengeluarkan wang itu kepada penama untuk diagihkan kepada waris yang berhak. Pengeluaran wang dengan cara ini tidak mengambil masa lama di mana waris tidak perlu menunggu sijil faraid dan surat pentadbiran harta pusaka dikeluarkan. Penama bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengagihkan wang itu mengikut hukum faraid.

Sebenarnya, ketika wang simpanan itu dikeluarkan, penama berkenaan dikehendaki menandatangani surat aku janji bahawa beliau akan mengagihkan wang simpanan itu mengikut faraid. Kegagalan mematuhi aku janji itu memberi kesan kepada penama dari sudut undang-undang. Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penama itu.

Penama bukan menjadi pemilik wang simpanan itu. Penama sebenarnya diamanahkan oleh orang yang menamakannya untuk mentadbir harta berkenaan supaya ia dapat diagihkan mengikut hukum faraid dengan segera.

Oleh demikian, puan boleh menuntut wang simpanan itu daripada mentua bagi kepentingan puan dan anak.

Begitu pun, puan dinasihatkan supaya cuba berunding dengan keluarga arwah suami terlebih dulu sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang. Hal ini kerana tindakan itu mungkin mengeruhkan perhubungan puan dan anak dengan keluarga arwah suami.

Puan perlu akui hakikat bahawa anak masih mempunyai pertalian darah dengan keluarga arwah suami. Pertalian ini sama sekali tidak boleh diputuskan oleh sesiapa pun. Mungkin juga bapa mentua tidak faham konsep penamaan dalam caruman KWSP dan menyangka bahawa ia menjadi miliknya.

Puan bolehlah menjelaskan kepada beliau secara baik kedudukan undang-undang sebenarnya. Jika perlu, puan boleh meminta beliau merujuk kepada orang yang lebih tahu mengenai perkara itu seperti peguam dan pegawai KWSP.

Jalan penyelesaian secara perundingan adalah paling sesuai dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jika boleh janganlah diputuskan hubungan kekeluargaan itu walaupun selepas ketiadaan suami puan.

Puan perlu bijak menangani isu ini, terutama apabila ia membabitkan wang ringgit dan pertalian persaudaraan. Bertolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain penting bagi menyelesaikan permasalahan sebegini.

Jika segala usaha perundingan buntu, barulah puan mengambil tindakan undang-undang. Jika mengambil jalan ini, puan perlu bersedia mengharungi liku-liku hidup selepas itu termasuk berulang-alik ke mahkamah dalam mempertahankan hak puan dan anak.

Walaupun sudah mengambil tindakan ini, harus ingat dalam keadaan mana keluarga arwah suami melayan puan, mereka tetap mempunyai pertalian kekeluargaan dengan anak puan. Janganlah diputuskan hubungan ini. Insya-Allah, Allah akan memberkati kehidupan puan dan anak.

Jawapan disediakan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar.

Cara Pembelian Gold Accumulation Program (GAP).

Panduan pembelian kali pertama, tambah dan lain-lain saya seperti link dibawah:
  1. Pembelian Emas GAP Kali Pertama
  2. Tambah Emas GAP
  3. Genapkan Baki Akaun Emas GAP
  4. Panduan Mengeluarkan Emas Fizikal GAP
  5. Letak Penama Wasiat / Nominees Akaun GAP.
Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP? 
  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil. 
  2. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri. 
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold. 
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM150 – RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM150 – RM200 sebulan setiap anak.
Kemudahan GAP Public Gold
Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:
  1. Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram 
  2. Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan. 
  3. Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan. 
  4. Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had. 
  5. Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50. 
  6. Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online. 
  7. Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan. 


Rakan-rakan saya yang mahir di dalam bidang Muamalat memaklumkan bahawa urusniaga GAP adalah patuh syariah jika anda berurusniaga beli dan jual berdasarkan berat gram.

Ini kerana Public Gold mempunyai emas 1 gram yang boleh diakad beli dan jual. Kalau simpan dalam nilai RM100, maka dikhuatiri tidak patuh syariah.

Jika anda mahukan urusniaga patuh syariah 100% maka saya cadangkan anda membuka, top-up dan menjual GAP dalam unit gram.




Wallahu”alam. Semoga bermanfaat.



Rujukan:
Special Thanks >> http://www.mohdzulkifli.com/

Langkah-langkah seperti dibawah.


1. Semak emas pada website Public Gold.




2. Login
  • Login website www.publicgold.com.my 
  • Jika lupa password / username: Forgot Username/Password
  • Jika belum ada account Public Gold, klik: Register
  • Klik My GAP 
  • Pada laman Home Gol Accumulation Program (GAP) klik PURCHASE. 
  • Masukkan Purchase Amount, No Reference Number dan Upload Slip Bank.

MAYBANK BERHAD
Account Name :   PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
Account No.:        507134104563

PUBLIC BANK BERHAD
Account Name:    PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
Account No.:       3167520833



      3. WhatsApp Ke 017-4866 916.

      Proses ini hanya perlu dibuat kali pertama sahaja.

      Sila Ikuti seperti format dibawah.
      Introducer : PG021089
      Mohd Azrul Bin Mohd Ali


      Slip bayaran juga boleh di buat melalui email ke gap@publicgold.com.my. Jika saya sebagai introducer maklumkan sekali no Introducer PG021089 dan cc kan email kepada mohdazrulali@gmail.com supaya memudahkan urusan jika berlaku apa2 masalah nanti.


      4. Semak GAP Statement.

      GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 Hari Bekerja. Jika tiada terima email dari Public Gold boleh semak pada spambox email.

      Pembelian kali pertama Gold Accumulation Porgram (GAP) perlu membuat kaedah manual iaitu WhatsApp bukti pembelian seperti link berikut Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil (GAP Public Gold)

      Untuk membelian seterusnya boleh dilakukan terus dari website dan boleh menyemak akaun dan statement pembelian.


      Cara Menambah GAP. 

      1. Login  https://publicgold.com.my
      • Klik My GAP 
      • Pada laman Home Gol Accumulation Program (GAP) klik PURCHASE. 
      • Masukkan Purchase Amount, No Reference Number dan Upload Slip Bank. 




      2. Semak GAP Statement.

      GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 Hari Bekerja. Jika tiada terima email dari Public Gold boleh semak pada spambox email.

       


      Sekian.


      Rujukan.
      Special Thanks >> http://www.mohdzulkifli.com/


      Panduan pembelian kali pertama, tambah dan lain-lain saya seperti link dibawah:


      Sekarang ini saya ingin menunjukkan cara menggenapkan kadar berat emas per gram jika terdapat titik perpuluhan. Titik perpuluhan itu wujud disebabkan beberapa faktor.

      • Tersilap membuat pembayaran semasa membeli. 
      • Mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk dinar (4.25 gram) 
      • Terima ganjaran / komisen dalam bentuk GAP bagi dealer. 


      1. Genapkan Kadar Berat Per Gram.

      Pada Account Balance saya sekarang ini adalah 0.5646 gram. Pada waktu tersebut saya membeli GAP berjumlah RM100.


      Jadi gram yang perlu di tambah adalah >> 0.4354 gram


      2. Kira Nilai Dalam RM.

      Berat * Harga Emas Semasa = 0.4354 * RM175
      Total bayaran adalah RM76.195
      Genapkan 2titik perpuluhan = RM76.20
      Pembayaran minimum adalah RM100. Jika kurang sistem akan reject.

      Error seperti dibawah :

      System cannot process because of following errors: Minimum MYR100 for new Purchase.
      Please correct them and try again.
      Bagi masalah ini saya tambah lagi 1 gram.

      RM76.20 + RM175 (Harga Emas Semasa) = RM251.20.



      3. Beli GAP


      Selepas membuat bayaran masukkan Reference Number, Bank-in Slip dan tekan Request.


      4. Semak Status.


      Mengeluarkan emas fizikal dari akuan emas GAP merupakan kaedah yang mudah.
      1. Anda boleh membuat melalui sistem PublicGold/myGAP seperti gambarajaya di bawah. Atau 
      2. Menghubungi cawangan Public Gold berdekatan (maklumkan no PG dan no I/C untuk menyemak akaun). 

      Atas faktor keselamatan, emas fizikal mestilah diambil sendiri oleh pemilik. Perkhidmatan pos laju tidak disediakan.


      Kos premium pengeluaran emas fizikal.

      Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan pos premium.
      Sila lihat jadual di bawah:




      Sebagai contoh, jika akaun GAP anda mempunyai baki 11 gram, anda boleh mengeluarkan emas fizikal sebanyak 10 gram. Anda perlu meninggalkan baki minima 1 gram di dalam akaun GAP sebagai deposit..
      • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 1 gram x 10 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 10 = RM50. 
      • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 5 gram x 2 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 2 = RM10 
      • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 10 gram x 1 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM10 x 1 = RM10
      p/s: Contoh pengiraan premium jika pengeluaran dibuat di Semenanjung Malaysia.


      Emas Fizikal Yang Boleh Dikeluarkan Melalui GAP.

      Anda boleh mengeluarkan emas jongkong emas di dalam berat berikut:
      • 1 gram
      • 5 gram
      • 10 gram
      • 20 gram
      • 50 gram
      • 100 gram,
      • 250 gram
      • 500 gram
      Atau anda boleh memilih Dinar Emas Public Gold 999.9 di dalam bentuk berikut:
      • 1/2 dinar (2.125 gram)
      • 1 dinar (4.25 gram)
      • 5 dinar (21.25 gram)
      • 10 dinar (42.50 gram)


      Menggeluarkan Emas Fizikal Melalui Website.

      1. Login  https://publicgold.com.my
      • Klik My GAP 
      • Pada laman Home Gol Accumulation Program (GAP) klik BUY-BACK 
      • Masukkan Buy-Back Quantity dan Klik Request.


        Wassalam.


        Panduan pembelian kali pertama, tambah dan lain-lain saya seperti link dibawah:

        Apa itu Wasiat = Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.

        Public Gold telah menyediakan bahagian pewaris di dalam akaun Public Gold anda.

        Sila ikuti langkah-langkah berikut.
        1. Login website www.publicgold.com.my 
        2. Jika lupa password / username: Forgot Username/Password
        3. Jika belum ada account Public Gold, klik: Register
        Selepas login, move cursor di bahagian My Account, kemudian klik My Profile


        Scroll dibawah sekali, anda jumpa bahagian ini:



        Pastikan Nama Penuh, No IC dan hubungan dengan pewaris ditaip dengan betul. 
        Selepas itu tekan Add Nominee.

        Dokumen yang diperlukan untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:
        • Sijil Kematian
        • Sijil Perkahwinan (Suami), (jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak)
        • Salinan IC pewaris
        Semoga bermanfaat. Wassalam.


        Panduan pembelian kali pertama, tambah dan lain-lain saya seperti link dibawah: