GENAPKAN BAKI AKAUN EMAS GAP


Sekarang ini saya ingin menunjukkan cara menggenapkan kadar berat emas per gram jika terdapat titik perpuluhan. Titik perpuluhan itu wujud disebabkan beberapa faktor.

  • Tersilap membuat pembayaran semasa membeli. 
  • Mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk dinar (4.25 gram) 
  • Terima ganjaran / komisen dalam bentuk GAP bagi dealer. 


1. Genapkan Kadar Berat Per Gram.

Pada Account Balance saya sekarang ini adalah 0.5646 gram. Pada waktu tersebut saya membeli GAP berjumlah RM100.


Jadi gram yang perlu di tambah adalah >> 0.4354 gram


2. Kira Nilai Dalam RM.

Berat * Harga Emas Semasa = 0.4354 * RM175
Total bayaran adalah RM76.195
Genapkan 2titik perpuluhan = RM76.20
Pembayaran minimum adalah RM100. Jika kurang sistem akan reject.

Error seperti dibawah :

System cannot process because of following errors: Minimum MYR100 for new Purchase.
Please correct them and try again.
Bagi masalah ini saya tambah lagi 1 gram.

RM76.20 + RM175 (Harga Emas Semasa) = RM251.20.



3. Beli GAP


Selepas membuat bayaran masukkan Reference Number, Bank-in Slip dan tekan Request.


4. Semak Status.