MULAKAN PELABURAN EMAS MODAL KECIL (GAP PUBLIC GOLD).


Cara Pembelian Gold Accumulation Program (GAP).

Panduan pembelian kali pertama, tambah dan lain-lain saya seperti link dibawah:
  1. Pembelian Emas GAP Kali Pertama
  2. Tambah Emas GAP
  3. Genapkan Baki Akaun Emas GAP
  4. Panduan Mengeluarkan Emas Fizikal GAP
  5. Letak Penama Wasiat / Nominees Akaun GAP.
Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP? 
  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil. 
  2. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri. 
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold. 
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM150 – RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM150 – RM200 sebulan setiap anak.
Kemudahan GAP Public Gold
Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:
  1. Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram 
  2. Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan. 
  3. Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan. 
  4. Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had. 
  5. Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50. 
  6. Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online. 
  7. Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan. 


Rakan-rakan saya yang mahir di dalam bidang Muamalat memaklumkan bahawa urusniaga GAP adalah patuh syariah jika anda berurusniaga beli dan jual berdasarkan berat gram.

Ini kerana Public Gold mempunyai emas 1 gram yang boleh diakad beli dan jual. Kalau simpan dalam nilai RM100, maka dikhuatiri tidak patuh syariah.

Jika anda mahukan urusniaga patuh syariah 100% maka saya cadangkan anda membuka, top-up dan menjual GAP dalam unit gram.




Wallahu”alam. Semoga bermanfaat.



Rujukan:
Special Thanks >> http://www.mohdzulkifli.com/