PUSAKA YANG BOLEH JADI PUAKA.



Assalammualaikum.

Pusaka jika tidak diuruskan dengan betul akan jadi Puaka.

Kerana huruf S di dlm perkataan Pusaka itulah melambangkan Sayang (kasih sayang),Simpati dan Suka dibuang jauh disebabkan perasaan tamak, tidak redha dan tidak rasa bersyukur.

Apabila telah menjadi puaka hak anak2 yatim ditindas, adik-beradik yang hidup bahagia selama ini, kini tidak boleh memandang satu sama lain, perasaan benci membuak-buak sehingga puluhan tahun.



“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)

Anak-anak yang soleh akan perpegang kepada bersifat AMANAH.
Anak-anak yang soleh akan bermusyawarah dan menguruskan harta dengan baik.
Anak-anak yang soleh akan mempertahankan hubungan saudara maranya.

Uruskan wasiat dan harta mengikut faraid. Penama atau pengurus perlu mempercepatkan proses bagi mengelakkan kezaliman terutama kepada anak-anak yatim.

Ingat. Harta adalah perhiasan dan ujian yang Allah S.WT berikan manusia.

Wassalam.